Monday 8 August 2011

PUASA DARI SUDUT AGAMA



Berpuasa merupakan satu daripada rukun Islam yang wajib dipatuhi oleh penganutnya. Ianya merupakan amalan yang mendatangkan pahala bagi mereka yang mengamalkannya danmendatangkan dosa bagi mereka yang melanggarnya. Hal dosa hanya terjadi pada bulan Ramadhan kerana Allah s.w.t telah mengkhususkan bulan Ramadhan sebagai bulan yang mulia. Hukum wajib telah ditetapkan dan ianya harus dipatuhi oleh mereka yang mampu.

Hukum Allah sememangnya tegas tapi lembut. Jadi, selaku umat Islam, kita wajib mematuhi hukum yang telah ditetapkan. Puasa itu wajib di bulan Ramadhan. Bagi yang mampu, tiada alasan bagi mereka untuk membatalkan puasa itu. Umat Islam dijanjikan pahala dari amalan berpuasa.

Disamping itu, puasa menurut perspektif Islam merangkumi segala perkara baik dari segi kesannya terhadap diri, keluarga, agama, masyarakat dan negara. Puasa tidak hanya sekadar menahan lapar semata-mata, bahkan ianya juga adalah disiplin menuju ke arah insan cemerlang.

Pada bulan Ramadhan inilah kita boleh mempraktikkan amalan-amalan yang positif khususnya dari segi penglihatan, pendengaran, percakapan dan tingkah laku perbuatan. Dalam bulan Ramadhan kita diberikan pahala yang lebih dari bulan-bulan yang lain. Islam tidak akan membiarkan umatnya terkaontang-kanting tanpa arah di dalam melakukan perkara wajib dan sunat. Islam telah menyediakan sumber rujukan terhebat berupa mukjizat iaitu Al-Quran dan menyediakan Ramadhan sebagai bulan khusus untuk mempraktikkan amalan-amalan yang positif berserta berpuasa. Untuk menjadi yang terhebat..... kita harus melalui fasa ujian. Ini adalah perkara biasa yang bersifat semula jadi.

Melalui ujian berpuasa ini anda dapat menilai tahap diri anda sendiri. Tidak perlu berasa berat untuk berpuasa dan praktikkannya dengan penuh ikhlas. Bulan Ramadhan juga merupakan bulan ' promosi pahala ' .... Syaratnya cuma satu, BERPUASA. Jika anda berpuasa, anda layak menerima pahala yang lebih dari biasa.

p/s : Jika anda berjaya menghayati puasa ini lebih dari sekadar menahan lapar, percayalah... anda akan sentiasa merindui bulan Ramadhan dan akan berpuasa pada bulan-bulan yang lain.

REGARD FROM : TAN SRI DOKTOR TENGKU ZAFRAN 

No comments:

Post a Comment